Hari ini adalah hari ke5 sejak selesai plot A dan hari ke 4 bagi plot B di tanam biji benih, dan pagi ni tunas labu telah muncul dengan segarnya, subur di perbatasan. Nampaknya hasil kerja keras selama dua minggu sejak bermulanya kerja-kerja pemasangan silver shine berbaloi.Syukur Alhamdulillah... Terbaek dari ladang...hehe. Menurut petua orang-orang tua dan geng-geng otai penanaman, kita kena bercakap dengan pokok-pokok atau tanaman, baru ada kontek, hubungan atau chemistry dengan tanaman nie.. tol ker? Maka siri aku bercakap dengan alam akan bermula, dah mula pun sejak masuk ladang hari pertama. Semua pahlawan cangkul yang terlibat dalam perjuangan di perbatasan ini pun dah di tarbiyyah untuk bercakap dengan alam..hehe. Ini lah hasil perjuangan yang dapat dipersembahkan..terbaeek dari ladang stakat ini..
|
ada tiga anak benih dalam satu lubang, ni nak kena buang 2 |
|
yang ni kena pilih satu yang terbaek jer |
|
ni pun sama gak... |
Opsyen semasa penanaman benih dua dan tiga biji benih dalam satu lubang adalah sebagai satu alternatif, jika biji benih tidak tumbuh semua, kebarangkalian tumbuh 2 benih atau satu benih pun ok . Nampaknya pilihan ini menjadik.. so kerja-kerja penjarangan benih perlu dilakukan selepas ini supaya hanya ada satu benih sahaja yang akan survive dalam satu lubang..
|
yang nie menepati spesifikasi tanaman.. |
Kerja-kerja penjagaan labu selepas tumbuh sebenarnya memerlukan penelitian yang lebih serta kepekaan dengan perkembangan sekeliling. kawalan rumpai, serangga dan pembajaan akan berjalan sepanjang masa. Selain dari pencerobohan sang janggut,lembu dan lain-lain peminat sayuran hijau. Apa pun bakal serangan dan ujian yang mendatang akanku tempuh dengan penuh minat,debaran dan cobaan serta pasrah kepada Ilahi..Dia yang menghidupkan dan mematikan..
Pemasangan black net atau jaring hitam disekeliling pagar kawasan seluas tiga ekar perlu disegerakan untuk mematikan selera dan pandangan sang janggut dan rakan-rakan sewaktu dengannya yang begitu elert dan peka kepada tumbuhan yang menghijau diladang..so..ini dikenali sebagai satu teknik aruhan alih pandangan tahap yang ketiga oleh perwira baja hitam..hehe
Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran dan lawatan tuan Pengarah LPP Negeri Sembilan ke En Nazri Ramli bersama rombongannya pada hari yang sama di tapak projek ladang labu, Kg Pulau. Hadir serta ialah Pengerusi PPK Seremban, En Abdul Satar Hj Omar,Tn Hj Mokhtar Othman (PPK Sban),En.Fazrul (Pengurus Projek PPK Sban),En.Yuni(PPK Sban) dan En Salihin (kontraktor). Kata-kata semangat dan harapan kepada seorang usahawan dan petani alaf baru yang serba kekurangan macam den nie berjaya menaikkan suhu dan nafsu ghairah untuk berusaha bersungguh-sungguh menjayakan projek tanaman labu manis di Labu nie..nasib baik dah meracun rumput semalam..nampak lah progres berladang... seharian meracun ntah berapa pam racun daa..sakit pinggang gak angkat air ...hehe..
Terima kasih diucapkan kepada kata-kata semangat dari semua yang yang hadir..macam x nak balek yo den raso.. nak tido kek ladang nie..tapi kena balek gak sebab...dah kul 3 ptg..aura lapar dah tahap gaban...sambung esok..wa ilal liqa'
|
dari kanan Tuan Pengarah LPP NS, En.Nazri, Salihin, Fazrul dan En Satar... |
|
Tn Hj Mokhtar (baju merah) dan En.Fazrul..teliti mendengar taklimat Tuan Pengarah LPP NS...den berada disebalik tabir belakang kamera.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan