Isnin, 10 Januari 2011

INI BETUL-BETUL BUKAN COBAAN

Salam kepada semua adiwira-adiwira yang seangkatan yang masih meneruskan perjuangan diperbatasan yang terbaeek dari ladang. Agak lama jugak tak menjengah dan update blok nie. maklumlah kadang-kadang seharian diladang bila balek rumah, lepas solat isyak terus melayang dibuai mimpi..hehe..

Hari ini adalah hari ke-18 selepas anak-anak benih tumbuh pada hari ke-5 yang lalu. Banyak jugak aktiviti yang telah berlaku diladang labu nie..rasa-rasanya eloklah aku update sket perkembangan yang dah berlaku dan yang terbaeek dari ladang. kat bawah nie adelah sket halwa telinga yang beritan dengan slogan terbaek dari ladang...korang leh klik dengar sambil-sambil tengok adiwira-adiwira menyempurnakan misi di perbatasan..


Sepertimana yang dirancang ops black net dan ops sulam berjaya di sempurnakan oleh adiwira yang terlatih dan disiplin yang tinggi di perbatasan..hehehe..misi selesai dalam masa sehari sahaja..korang memang yang terbaek dari ladang..ops completed, gud jobs guys..terima kaseeey

adiwira-adiwira yang menjadi igauan......karo leh mengigau nie 


black net mesti dipasang dari sebelah luar pagar...dibantu oleh superman...


memang ganazz beb...harap aura korang nie menakutkan perosak tanaman labu den


posing memang x boleh blah.. macam artis..ala-ala fawzi nawawi dan john doe


bahagian dalam agak semak...elok racun bro


MEHNAH DAN TRIBULASI

Hari ke-13 adalah hari yang agak mencabar dalam siri-siri perjuangan dimedan tempur perbatasan labu nie. Hujan lebat dari semalam hingga awal pagi telah menyebabkan air sungai naik dan sekali gus menyebabkan beberapa batas ditenggelami air terutama dikawasan batas yang agak rendah ( v shape).  Ini terjadi disebab oleh kuasa Allah jua yang sebenarnya. Secara totalnya memanglah sepuluh batas tetapi setelah di perincikan sebanyak lebih kurang 20-30 anak benih labu tenggelam. fenomena hujan lebat dan kawasan batas yang air lambat meresap boleh diselesaikan dengan cara mengorek longkang agak dalam sedikit.  Jika terjadi lagi hujan lebat ada kemungkinan perkara sama dan batas serta anak benih yang sama akan tenggelam, akibatnya, boleh menyebabkan rosak akar diikuti lebam serta mati..almarhum...
batas den tenggolam separuh..air dah bertakung lebih kurang 2 hari

batas labu dah bertukar jadi bendang padi...cobaaan

hari ketiga -batas hampir tenggelam, air belum surut


rumput semakin tinggi segar dan nyaman, anak benih labu --berusaha...


kelihatan tanah dibatas kering, namun air belum telap...nak kena lap ker...?


langit mendung dalam 3,4 hari...berarak mendung ke labuuu...

 

Selasa, 28 Disember 2010

Terbit Di Mamah Mentari

Hari ini adalah hari ke5 sejak selesai plot A dan hari ke 4 bagi plot B di tanam biji benih, dan pagi ni tunas labu telah muncul dengan segarnya, subur di perbatasan. Nampaknya hasil kerja keras selama dua minggu sejak bermulanya kerja-kerja pemasangan silver shine berbaloi.Syukur Alhamdulillah... Terbaek dari ladang...hehe. Menurut petua orang-orang tua dan geng-geng otai penanaman, kita kena bercakap dengan pokok-pokok atau tanaman, baru ada kontek, hubungan atau chemistry dengan tanaman nie.. tol ker? Maka siri aku bercakap dengan alam akan bermula, dah mula pun sejak masuk ladang hari pertama. Semua pahlawan cangkul yang terlibat dalam perjuangan di perbatasan ini pun dah di tarbiyyah untuk bercakap dengan alam..hehe. Ini lah hasil perjuangan yang dapat dipersembahkan..terbaeek dari ladang stakat ini..



ada tiga anak benih dalam satu lubang, ni nak kena buang 2

yang ni kena pilih satu yang terbaek jer 


ni pun sama gak...
Opsyen semasa penanaman benih dua dan tiga biji benih dalam satu lubang adalah sebagai satu alternatif, jika biji benih tidak tumbuh semua, kebarangkalian tumbuh 2 benih atau satu benih pun ok . Nampaknya pilihan ini menjadik.. so kerja-kerja penjarangan benih perlu dilakukan selepas ini supaya hanya ada satu benih sahaja yang akan survive dalam satu lubang..



yang nie menepati spesifikasi tanaman..
 Kerja-kerja penjagaan labu selepas tumbuh sebenarnya memerlukan penelitian yang lebih serta kepekaan dengan perkembangan sekeliling. kawalan rumpai, serangga dan pembajaan akan berjalan sepanjang masa. Selain dari pencerobohan sang janggut,lembu dan lain-lain peminat sayuran hijau. Apa pun bakal serangan dan ujian yang mendatang akanku tempuh dengan penuh minat,debaran dan cobaan serta pasrah kepada Ilahi..Dia yang menghidupkan dan mematikan..

Pemasangan black net atau jaring hitam disekeliling pagar kawasan seluas tiga ekar perlu disegerakan untuk mematikan selera dan pandangan sang janggut dan rakan-rakan sewaktu dengannya yang begitu elert dan peka kepada tumbuhan yang menghijau diladang..so..ini dikenali sebagai satu teknik aruhan alih pandangan tahap yang ketiga oleh perwira baja hitam..hehe 

Pihak majlis juga mengalu-alukan kehadiran dan lawatan tuan Pengarah LPP Negeri Sembilan ke En Nazri Ramli bersama rombongannya pada hari yang sama di tapak projek ladang labu, Kg Pulau. Hadir serta ialah Pengerusi PPK Seremban, En Abdul Satar Hj Omar,Tn Hj Mokhtar Othman (PPK Sban),En.Fazrul (Pengurus Projek PPK Sban),En.Yuni(PPK Sban) dan En Salihin (kontraktor). Kata-kata semangat dan harapan kepada seorang usahawan dan petani alaf baru yang serba kekurangan macam den nie berjaya menaikkan suhu dan nafsu ghairah untuk berusaha bersungguh-sungguh menjayakan projek tanaman labu manis di Labu nie..nasib baik dah meracun rumput semalam..nampak lah progres berladang... seharian meracun ntah berapa pam racun daa..sakit pinggang gak angkat air ...hehe..

Terima kasih diucapkan kepada kata-kata semangat dari semua yang yang hadir..macam x nak balek yo den raso.. nak tido kek ladang nie..tapi kena balek gak sebab...dah kul 3 ptg..aura lapar dah tahap gaban...sambung esok..wa ilal liqa'
dari kanan Tuan Pengarah LPP NS, En.Nazri, Salihin, Fazrul dan En Satar...


Tn Hj Mokhtar (baju merah) dan En.Fazrul..teliti mendengar taklimat Tuan Pengarah LPP NS...den berada disebalik tabir belakang kamera..
       

Rabu, 15 Disember 2010

LABU MANIS

Labu di kenali juga sebagai Yaqteen ( Arab),Gourd atau Pumpkin. Di dalam al-Quran, Allah Taala telah menceritakan Labu sebagai buah yang di kurniakan kepada Nabi Yunus a.s. selepas baginda dimuntahkan dari  perut ikan Nun.

و انبتنا عليهِ شجرةً مّن يقطين
Maksudnya : Dan kami kurniakan (tumbuhkan) kepadanya (Yunus a.s) sebatang pokok dari jenis Labu - Al-Saffat ayat 146


Ibn Qayyim al-Jawziy dalam kitabnya Tibb al-Nabawiy menyatakan bahawa Yaqteen yang dimaksudkan dalam al-Quran ini adalah juga dikenali sebagai Dabba, Qarr, Labu Manis atau Pumpkin. Ini dijelaskan lagi  dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Anas r.a. meriwayatkan dalam satu kisah bahawa Nabi s.a.w. telah dijemput oleh seorang tukang jahit untuk menjamu sejenis masakan yang di buatnya yang terdiri dari roti yang dibuat dari Barli dan sejenis bubur dari Dabbaa(Labu Manis) dan daging kering. Nabi s.a.w. menjamu makanan dan bubur labu yang disediakan itu sehingga Anas r.a. berkata" Aku mula menyukai Labu sejak melihat baginda s.a.w makan bubur labu "

Terdapat lebih 20 spesies labu diseluruh dunia, dengan jumlah subspesies dan varietinya sehingga menjangkau mencapai angka ratusan. Namun yang selalu di tanam ialah dari jenis  Cucurbita maxima (labu manis), Cucurbita ficifolia, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata (labu kuning atau labu merah), dan Cucurbita pepo (labu manis).

Khasiat

 Pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya. Selain itu,labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat.  Sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Selain itu labu dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi, penyakit kuning, mengawal diabetes. Daunnya pula boleh dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong, malahan tabiat pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dapat mencegah masalah batu ginjal. Satu lagi kebaikan labu ini ialah ia berkhasiat untuk kanak-kanak yang mengalami kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.


Isi labu juga boleh merangsang nafsu makan kanak-kanak yang bermasaalah. Dengan cara hidangan yang menarik dan sedikit teknik maka isi labu boleh dimakan kanak-kanak seterusnya dapat membantu menambah selera makan mereka. Selain itu labu juga berkhasiat untuk merawat masalah rabun terutama rabun malam dan penyakit ketidakseimbangan gula dalam darah. Daun labu juga boleh direbus dan diminum bagi yang mengalami demam dan boleh juga untuk mengobati luka-luka kecil dengan menampalkan daun yang sudah diramas atau ditumbuk padanya.

Begitulah manfaat secara ringkas yang dapat diperolehi dari sayur atau buah labu ini. Inilah antara keistimewaaan tumbuhan yang dijadikan oleh Allah yang telah disebut di dalam Al-Quran Karim yang memberi manfaat kepada manusia. Wallahu a'lam.