Peluang untuk mengusahakan tanaman memang sudah lama diimpikan. Ibarat pucuk dicita ulam petai, jering mendatang lalu tanpa menunggu lebih lama, ladang seluas 3 ekar menjadi sasaran penjarah alaf baru yang bernama usahawan. Kg. Pulau atau nama panggilan glamernya sekarang dalam blog nie ialah "iland village @valley" terletak dalam Mukim Labu, Negeri Sembilan. So, dah kenalah ! tanam labu di labu! hehe...
Hari ini adalah hari ke2 berlalu selepas benih ditanam. kerja-kerja penanaman selesai selama 2 hari selepas berhempas pulas lebih kurang 5 hari berturut-turut pemasangan plastik silver shine, pemasangan pump air dan membuat lubang di batas..sakit pinggang beb... Untuk kerja pemasangan silver shine hingga selesai menanam benih dibantu oleh 5 orang pekerja. Semuanya warga tempatan, anak-anak muda yang bersemangat waja untuk berjuang di perbatasan...batas labu.
![]() |
Pembersihan tapak projek |
Kerjasama rakan-rakan akhirnya telah siaplah sepenuhnya pemasangan silver shine sehinggalah kerja-kerja menanam benih labu. Apa yang aku harap ialah semoga beberapa hari lagi semua benih yang ditanam akan tumbuh dan seterusnya membuahkan hasil. Dan yang lebih membanggakan ialah semua anak-anak muda yang bersama-sama denganku ialah warga negara Malaysia, bukan bangla atau wak dari seberang...setakat inilah...namun tekad hati ini ialah kalau boleh bangsaku akan ku utamakan dahulu..hidup Melayu..
![]() |
sebahagaian batas dah ditutup dgn silvershine dan sprinkler yang baru pasang |
![]() |
perwira-perwira yang sedang berjuang di perbatasan |
![]() |
batas terakhir siap daaa... |
![]() |
pahlawan cangkul berposing... |